Saturday 12 May 2012

IRA IBU KEJAM

Gempar video youtube pengasuh bernama Ira telah dera bayi tanpa belas kesihan. Hari ni di laman sosial Facebook telah tersebar video seorang pengasuh yang bernama Ira memukul, menendang dan menghempas seorang bayi comel yang baru belajar merangkak. Perangai pengasuh yang bernama Ira memang tidak berperikemanusiaan manakala perakam video itu langsung tidak menyelamatkan bayi yang didera itu.
Video telah diremove oleh youtube kerana kekejaman yang melampau.

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

No comments:

Post a Comment